YANG Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Mohd Rashdan Muda (kanan) menunjukkan Kejohanan Liga Penalti yang akan dianjurkan Ogos depan. FOTO ROSLI ILHAM
YANG Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Mohd Rashdan Muda (kanan) menunjukkan Kejohanan Liga Penalti yang akan dianjurkan Ogos depan. FOTO ROSLI ILHAM
Rosli Ilham


Dungun: Pakar sepakan penalti di seluruh negara dijemput menyertai kejohanan Liga Penalti Piala Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Dungun (MPD) yang akan diadakan pada 2 hingga 4 Ogos depan.

Yang Dipertua MPD, Mohd Rashdan Muda berkata, kejohanan sempena Pemasyhuran MPD yang ke 16 itu akan berlangsung di padang bola sepak Arena Merdeka Dungun.

Menurutnya, pemenang pertama pertandingan itu akan membawa pulang piala dan wang tunai bernilai RM10,016 manakala tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM5,016.

"Tempat ketiga akan menerima RM2,016 sementara tempat ke empat akan menerima RM1,016. Manakala tempat ke lima hingga tempat ke lapan akan menerima hadiah bernilai RM516.

"Kita menjangkakan lebih 200 penyertaan dan penyertaan lebih ramai dialukan bagi merebut hadiah lumayan yang disediakan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2024 @ 3:23 PM