Ketua Jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Park Jaehong pada  perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. -FOTO Ghazali Kori
Ketua Jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Park Jaehong pada perlawanan Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. -FOTO Ghazali Kori
Malik Muhamad


Kuala Terengganu: Biarpun masih terlalu awal, namun tiga kekalahan berturut-turut pastinya menghadirkan kebimbangan buat pengendali Kelantan Darul Naim (KDN) FC.

Malah dengan menghuni di tangga tercorot liga tanpa sebarang mata selepas tiga perlawanan ditambah pasukan paling banyak bolos dengan tujuh gol setakat ini sudah pasti merisaukan pengendali kelahiran Korea Selatan itu.

Bagaimanapun Jae-hong belum mahu menekan butang panik sebaliknya beliau akui akan merencanakan strategi yang lebih ampuh dalam aksi seterusnya untuk mengintai mata pertama selepas hampa dalam tiga perlawanan terdahulu.

"Kita masih ada banyak masa lagi, sekarang baharu tiga perlawanan, jadi saya akan gandakan lagi latihan dengan corak permainan yang lebih baik dan tersusun.

"Pada masa sama kami turut mengharapkan semua pemain agar lebih fokus dan berusaha lebih gigih lagi sama ada dalam latihan mahupun perlawanan," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi.

Pada perlawanan yang memihak kepada tuan rumah 3-0 hasil jaringan bekas penyerang KDN FC musim lalu, Ismaheel Akinade, Nurillo Tukhtasinov dan Manuel Ott, hanya tiga percuma terbaik dimiliki skuad Kijang Emas itu berbanding tuan rumah yang memiliki deretan peluang untuk menjaringkan gol.

Mengulas perlawanan itu, Jae-hong akui sepakan penalti yang diberikan kepada TFC melalui semakan video bantuan pengadil (VAR) bagaikan 'membunuh' semangat anak buahnya untuk bangkit daripada ketinggalan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 4:47 PM