WALKER mahu rakan sepasukannya bangkit semula. FOTO AFP
WALKER mahu rakan sepasukannya bangkit semula. FOTO AFP
Reuters

London: Manchester City harus menggunakan kesakitan akibat tersingkir di Liga Juara-Juara sebagai motivasi untuk mencapai sesuatu yang istimewa pada minggu-minggu terakhir musim ini, kata pertahanan Kyle Walker.

Juara treble musim lalu mengalami kekalahan penentuan penalti 3-4 kepada Real Madrid pada suku akhir Liga Juara-Juara di Stadium Etihad semalam.

Skuad bimbingan Pep Guardiola berada dua mata di hadapan Arsenal dan Liverpool dalam liga dengan baki enam perlawanan dan menentang Chelsea dalam separuh akhir Piala FA Ahad ini.

"Ia menyakitkan dan kami perlu merasai kesakitannya," kata Walker kepada pemberita.

"Kami mempunyai perlawanan penting untuk Liga Perdana Inggeris, perlawanan yang sangat bermakna menentang Chelsea dan kami perlu mengambil ini sebagai motivasi untuk meneruskan dan melakukan sesuatu yang istimewa.

"Ia adalah peluang yang baik untuk mencari semula semangat dan kekecewaan dalam diri kami... Kami berhutang kepada peminat dan sebagai sekumpulan pemain kami bekerja keras untuk membuangkan kekecewaan."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2024 @ 8:44 PM