ALONSO sudah sedia meraikan kejayaan Leverkusen. FOTO AFP
ALONSO sudah sedia meraikan kejayaan Leverkusen. FOTO AFP
AFP

Leverkusen: Jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso berkata dia bersedia untuk meraikan kejayaan sekiranya pasukannya merangkul kejuaraan Bundesliga dengan kemenangan ke atas Werder Bremen, esok.

Leverkusen, yang masih belum tewas musim ini, berpeluang memastikan kejuaraan liga dengan menewaskan Bremen sekali gus akan menjadi gelaran liga pertama dalam sejarah 120 tahun kelab itu.

"Saya tidak memikirkannya dan lebih baik bersikap spontan," katanya.

Ketika Leverkusen mendahului 16 mata dengan berbaki enam perlawanan, Alonso, yang memilih untuk kekal di Leverkusen walaupun bekas kelabnya, Liverpool berminat mendapatkan khidmatnya berharap dapat mengesahkan kejuaraan liga, esok.

"Syukurlah ia bukan satu-satunya peluang kami, tetapi kami sudah tentu mahukan kemenangan. Peminat berhak mendapat peluang untuk meraikan sesuatu," katanya.

"Sejujurnya, lebih baik menang di tempat sendiri. Jika kami dapat melakukannya, ia akan menjadi detik istimewa untuk kelab," katanya lagi.

Alonso berkata pasukannya, yang sebelum ini digelar 'Neverkusen' ‚Äč‚Äčkerana sering gagal dalam perlawanan utama dalam sejarah kelab itu, tidak akan merasai badi itu lagi.

"Kami perlu fokus dalam permainan kami dan mempercayai kualiti serta mentaliti kami," kata Alonso.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2024 @ 9:25 AM