SYED Sobri memuat naik hantaran di Instagram Story bagi menuntut Norizam membayar tunggakan gaji hampir setengah tahun.
SYED Sobri memuat naik hantaran di Instagram Story bagi menuntut Norizam membayar tunggakan gaji hampir setengah tahun.
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Bekas pemain Kelantan FC, Syed Sobri Syed Mohamad terus menuntut baki bayaran belum dilunaskan pemilik kelab itu, Norizam Tukiman selepas hampir setengah tahun berlalu.

Katanya, meskipun cuba membuat panggilan telefon dan menghantar WhatsApp, situasi terus buntu apabila tiada respon daripada pihak berkenaan.

"Saya belum dapat apa-apa bayaran. Kali terakhir dia balas WhatsApp saya pun bulan satu (Januari lalu) dan selepas itu terus senyap, biarpun saya ada 'call' dia dua hari lepas, tapi tak angkat.

"Gaji saya tidak dapat hampir setengah tahun. Boleh kata enam dan tujuh bulan tanpa gaji jugalah," katanya kepada Arena Metro.

Tambahnya, disebabkan terlalu marah dan tidak tahan ibarat seperti meminta sedekah, Syed Sobri memuat naik luahan perasan di Instagram Story miliknya.

"Ini orang (Norizam) jenis buka mulut je berbual. Dah la tak sedar mulut tu dah penuh dengan lipas, nyamuk dan pelbagai bakteria bual.

"Satu sen tak bayar lagi. Entah ke mana hilang tak tahu ayah bual ini," katanya.

Terdahulu, Syed Sobri antara pemain sedang menuntut gaji belum diselesaikan oleh majikan lama mereka dan berharap Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham dapat mengambil pendekatan terbaik dengan membayar semua tunggakan yang tergendala ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2024 @ 9:01 PM