LINDELOF dijangka akan diketepikan sekurang-kurangnya sebulan. -FOTO AFP
LINDELOF dijangka akan diketepikan sekurang-kurangnya sebulan. -FOTO AFP
AFP

Manchester: Pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez dan Victor Lindelof akan diketepikan untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan selepas mengalami kecederaan otot.

Musim Martinez yang juga pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu terganggu akibat dihantui beberapa siri kecederaan.

Bekas pemain Ajax itu mengalami kecederaan betis selepas pulih daripada masalah lutut yang panjang diturunkan sebagai pemain gantian ketika mereka melakarkan keputusan seri 1-1 di Brentford Sabtu lalu.

Martinez dimasukkan menggantikan Lindelof selepas pemain Sweden itu mengalami kecederaan hamstring.

Masalah itu meletakkan Erik ten Hag dalam kedudukan sukar pada musim keduanya selepas kehilangan ramai pemain utama kerana kecederaan.

Pasukan Red Devils itu kini berada di tempat keenam dalam Liga Perdana, 11 mata di belakang empat teratas dengan baki sembilan perlawanan.

Martinez dan Lindelof juga akan terlepas perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Coventry akhir bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2024 @ 6:57 AM