PENJAGA gol baharu Sri Pahang FC, Azfar Arif. FOTO Sri Pahang FC
PENJAGA gol baharu Sri Pahang FC, Azfar Arif. FOTO Sri Pahang FC
Asrol Awang


Kuantan: Penjaga gol baharu Sri Pahang FC, Azfar Arif percaya peluang untuk merebut tempat selaku penjaga utama skuad itu terbuka luas dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Biarpun bakal berhadapan halangan dua penjaga gol senior, Izham Tarmizi Roslan dan Zarif Irfan Hashimuddin, pemain berusia 25 tahun akan berusaha untuk memastikan kehadirannya bukan sekadar pelengkap dan hanya sebagai pemerhati.

"Saya percaya peluang untuk berada dalam skuad utama tetap terbuka dan akan memastikan kehadiran ke Sri Pahang untuk berada dalam kesebelasan utama.

"Saya juga akan memanfaatkan segala peluang dan memanfaatkan pengalaman dua penjaga gol (Izham dan Irfan) untuk lebih bersedia dan kekal fokus.

"Sebenarnya saya juga gembira kerana dapat bersama Izham dalam satu pasukan yang juga idola saya dalam kerjaya bola sepak," katanya.

Mengulas penghijrahan ke Sri Pahang musim baharu ini, Azfar berkata, ia adalah keputusan terbaik untuk tampil lebih cemerlang.

"Oleh itu, saya harap dapat memberikan yang terbaik buat Sri Pahang pada penampilan pertama bersama Tok Gajah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2024 @ 1:11 PM