BEKAS pemain Arsenal, Lukas Podolski (kiri) kini milik perniagaan kebab dan ais krim. FOTO Agensi
BEKAS pemain Arsenal, Lukas Podolski (kiri) kini milik perniagaan kebab dan ais krim. FOTO Agensi
Agensi

London: Lukas Podolski kini bergelar jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan kebab dan ais krim yang cukup popular di negaranya di Jerman.

Podolski yang pernah beraksi bersama Arsenal dengan meledak 31 gol dalam 82 penampilan 2012-2015 memiliki empayar perniagaan dengan nilai £177.5 juta (RM1.07 bilion).

"Pemain lain menuju ke padang golf selepas latihan dan melepak di situ sepanjang hari. Saya menjual ais krim, kebab dan baju, bergembira dan setiap orang boleh membawa sesuatu untuk dibawa pulang.

"Saya menyokong projek ini 100 peratus dan akan membantu sebaik mungkin. Saya mahu meneruskan projek ini," katanya majalah Jerman, 11 Freunde.

Dia yang membuat 130 caps bersama Jerman dan memenangi Piala Dunia pada 2014 lebih gembira menghidangkan kebab kepada rakan sepasukannya.

Podolski melancarkan jenama Ice Cream United pada 2017, dua tahun selepas meninggalkan Arsenal.

Perniagaan itu diasaskan di wilayah Belgium, Cologne, kelab profesional pertama Podolski.

Setahun kemudian, kedai kebab Mangal Doner pertamanya dibuka di bandar itu dan kini mempunyai 30 cawangan di seluruh Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2024 @ 12:57 PM