SAFAWI (kanan) berharap dapat membantu skuad Penyu menjulang sekurang-kurangnya satu piala. FOTO GHAZALI KORI
SAFAWI (kanan) berharap dapat membantu skuad Penyu menjulang sekurang-kurangnya satu piala. FOTO GHAZALI KORI
BERNAMA

Kuala Nerus: Tonggak baharu Terengganu FC (TFC) Safawi Rasid, berazam untuk menghadiahkan satu piala buat skuad Penyu musim ini.

Pemain kelahiran Dungun itu berkata hasrat tersebut telah lama dipendam, iaitu ketika beraksi bersama pasukan Terengganu, T-Team di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner pada 2015.

Safawi berkata kepulangannya ke bumi Darul Iman musim ini secara pinjaman oleh pasukan Johor Darul Ta'zim, diharap dapat membantu skuad Penyu menjulang sekurang-kurangnya satu piala selepas beberapa kali terkandas di peringkat separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

"Hasrat yang belum direalisasi (bersama T-Team) kalau boleh nak cuba dapatkan sekurang-kurangnya satu piala untuk Terengganu..insya-Allah.

"Selain itu saya juga nak bantu Terengganu muncul sebagai antara pasukan terbaik Liga Malaysia musim ini," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak semalam.

Selain Safawi, JDT turut meminjamkan seorang lagi pemain sayap kelahiran Kedah, Akhyar Rashid kepada TFC.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Februari 2024 @ 5:41 PM