PEMAIN Arsenal, Bukayo Saka meraikan jaringannya. FOTO Agensi
PEMAIN Arsenal, Bukayo Saka meraikan jaringannya. FOTO Agensi
AFP

London: Arsenal terus menekan Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas anak buah Mikel Arteta itu mudah membelasah Newcastle United 4-1 untuk kembali merapatkan jurang kepada dua mata di belakang The Reds.

Jelas Arteta, pasukannya berhak untuk mengutip tiga mata penuh dalam aksi 'berat sebelah' itu yang menyaksikan Arsenal menguasai perlawanan sejak mula.

Menurutnya, pemain menunjukkan kesungguhan yang luar biasa dengan mendominasi aksi sepanjang perlawanan tanpa memberi peluang kepada pemain lawan.

"Kami meneruskannya dengan cara yang sama, kami mengekalkan rentak kami dan ia sangat menyeronokkan melihat pasukan bermain.

"Pemain-pemain beraksi dengan sangat baik, sangat agresif dan kami berhak memenangi perlawanan ini," kata Arteta.

Empat gol Arsenal dihasilkan menerusi jaringan sendiri Sven Botman sebelum Kai Havertz, Bukayo Saka dan Jakub Kiwior mencetak nama selaku penjaring.

Manakala gol saguhati lawan pula diraih hasil sentuhan Joe Willock sekali gus menyaksikan Newcastle kekal di tangga kelapan, 15 mata di belakang kelompok empat teratas.

The Gunners dalam usaha menjulang gelaran liga pertama mereka sejak 20 tahun lalu dan hampirr melakukannya tahun lalu sebelum dipintas Manchester City pada saat-saat akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Februari 2024 @ 9:01 AM