Kapten Liverpool  Virgil Van Dijk
Kapten Liverpool Virgil Van Dijk
Agensi

Liverpool: Tonggak Liverpool, Virgil Van Dijk melaungkan amaran bahawa pasukannya tidak akan goyah terhadap Chelsea walaupun tanpa kelibat bintang utama pada aksi final Piala Carabao 2024 malam esok.

Pada perlawanan terbabit, skuad kendalian Jurgen Klopp kemungkinan besar tidak menurunkan pemain utama mereka seperti Mohamed Salah dan Diego Jota.

Walaupun tanpa kelibat dua tonggak utama itu, Van Dijk mengingatkan lawannya supaya tidak gembira terlalu awal kerana dibimbangi akan menyesal kelak.

Hal ini kerana, pemain berasal dari Belanda itu percaya rakan sepasukannya yang lain sudah pastinya akan berusaha keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Liverpool.

"Jika mereka memandang ringan kami maka itu masalah mereka. Faktor ketakutan itu, kami tidak mempunyai pengaruh mengenainya.

"Saya fikir pemain yang datang kemudian perlu meningkatkan dan menunjukkan mereka salah. Saya fikir itu satu-satunya cara untuk melakukannya.

"Saya rasa kami mempunyai kualiti yang cukup untuk membaca lawan. Pemain yang datang perlu menunjukkannya.

"Semua orang perlu meningkatkan dan mereka yang bermain perlu memberikan hasil untuk mendapatkan keputusan," katanya.

The Reds kini berada dalam momentum terbaik apabila mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut.

Perlawanan akhir itu akan berlangsung di Stadium Wembley, England pada hari Ahad, esok jam 11 malam waktu Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2024 @ 7:39 PM