TUCHEL gagal lonjak prestasi Bayern musim ini.
TUCHEL gagal lonjak prestasi Bayern musim ini.
Reuters

Berlin: Bayern Munich bakal menamatkan kerjasama mereka dengan Thomas Tuchel pada penghujung musim ini walaupun mempunyai kontrak sehingga 2025, menurut kelab itu hari ini.

Bayern tewas tiga perlawanan terakhir dalam semua kejohanan dan ketinggalan lapan mata di belakang Bayer Leverkusen dalam carta Bundesliga.

Mereka turut tewas 0-1 di tangan Lazio dalam aksi peringkat 16 pertama Liga Juara-Juara minggu lalu.

Tuchel mengambil alih tugas pada Mac 2023 daripada Julian Nagelsmann tetapi walaupun membawa kelabnya meraih gelaran Bundesliga pada hari terakhir perlawanan musim lalu, mereka gagal mengulangi prestasi yang menyaksikan mereka mendominasi bola sepak Jerman sejak sedekad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 8:17 PM