FAISAL meraikan jaringannya ketika menentang Korea Selatan.
FAISAL meraikan jaringannya ketika menentang Korea Selatan.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jaringan menarik pemain Harimau Malaya, Muhammad Faisal Abdul Halim ketika aksi menentang Korea Selatan 25 Jan lepas pada Kejohanan Piala Asia 2023 Qatar, dipilih antara lapan calon Gol Terbaik Kejohanan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

AFC menerusi kenyataan memaklumkan gol Muhammad Faisal yang turut dikenali sebagai "Mickey" itu tersenarai daripada 132 gol dijaringkan menerusi 51 perlawanan pada saingan tersebut yang berlangsung dari 10 Jan hingga 10 Feb lepas.

Nama beliau mengiringi tujuh jaringan pemain lain antaranya pemain Jepun Keito Nakamura ketika menentang Vietnam (14 Jan), pemain Arab Saudi Abdulrahman Ghareeb menentang Oman (16 Jan), pemain tuan rumah Qatar Hassan Al Haydos menentang China (22 Jan) dan pemain Thailand Supachok Sarachat menentang Uzbekistan (30 Jan).

Jaringan gol lain membabitkan pemain Jordan, Mousa Al Tamari menentang Korea Selatan (6 Feb), pemain Korea Selatan Son Heung-min menentang Australia (2 Feb) dan pemain Iran Sardar Azmoun menentang Qatar (7 Feb)

Orang ramai boleh menghantar undian masing-masing pada laman sesawang https://www.the-afc.com.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 6:34 PM