MUSLIM (kiri) dilihat giat menjalani latihan. FOTO KELANTAN MUAYTHAI CHANNEL
MUSLIM (kiri) dilihat giat menjalani latihan. FOTO KELANTAN MUAYTHAI CHANNEL
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Adakah bekas pertahanan kental Harimau Malaya, Muslim Ahmad sudah menggantung but?

Persoalan itu timbul selepas dia dilihat giat menjalani latihan seni mempertahankan diri, muay thai dan bakal turun ke gelanggang pada Sabtu ini.

Perlawanan muay thai babitkan Muslim dan pencabar dari Perlis, Atingpek di jadual berlangsung di Padang Serai, di Kedah, dengan poster pertembungan itu mula tersebar sejak beberapa hari lalu.

Tindakan Muslim menyertai muay thai menimbulkan pelbagai persoalan tentang hala tuju kariernya sebagai pemain bola sepak profesional dalam Liga Malaysia musim ini.

Malah status bekas pemain kebangsaan yang membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF pada 2010 lalu sama ada kekal bersama Sri Pahang masih menjadi tanda tanya.

Tinjauan Arena Metro di akaun media sosial T-Fight, Muslim turut berkongsi mengenai persiapannya menjelang pertarungan itu.

Bekas pemain kebangsaan itu dilihat giat berlatih untuk memastikan dia berjaya menewaskan Atingpek dalam pertarungan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Februari 2024 @ 2:05 PM