Datuk Seri Mahadzir Khalid (lima dari kanan), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (enam dari kanan), bekas Naib Presiden KFA Datuk Othman Aziz (tujuh dari kanan) dan Bekas Setiausaha Kehormat KFA Asmirul Anuar Aris (kiri) dalam program Ziarah Hormat UMNO negeri Kedah ke rumah keluarga Allahyarham Azraai Khor Abdullah semalam. -FOTO Izzali Ismail
Datuk Seri Mahadzir Khalid (lima dari kanan), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (enam dari kanan), bekas Naib Presiden KFA Datuk Othman Aziz (tujuh dari kanan) dan Bekas Setiausaha Kehormat KFA Asmirul Anuar Aris (kiri) dalam program Ziarah Hormat UMNO negeri Kedah ke rumah keluarga Allahyarham Azraai Khor Abdullah semalam. -FOTO Izzali Ismail
Izzali Ismail


Alor Setar : Bekas pemimpin bola sepak Kedah menggesa pihak kepimpinan bola sepak negeri itu agar mengambil tanggungjawab bagi menyelesai isu tunggakan gaji yang masih membelenggu pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Isu tunggakan baki gaji pemain KDA FC musim 2023 dilaporkan masih lagi berlarutan hingga kini dan menimbulkan resah dikalangan penyokong kerana ia akan membuatkan mereka disingkirkan dari Liga Malaysia.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khalid yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berkata, beliau berharap tiada mana-mana pihak yang menyalahkan pihak yang lain atau membuat 'blame game' seterusnya menyukarkan lagi keadaan sedia ada.

"Kepimpinan pengurusan perlu ambil tanggungjawab masing-masing sebagai ketua, dia perlu pikul tanggungjawab itu dalam menyelesaikan setiap masalah yang sedang dihadapi.

"Jika dia ketua kerajaan maka dia perlu ambil tanggungjawab dan KDA FC adalah syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan jadi perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kerana ini membabitkan kebajikan pemain dan mereka juga ada keluarga untuk disara," katanya ketika mengadakan lawatan bersama kepimpinan UMNO negeri ke rumah keluarga Allahyarham Azraai Khor Abdullah semalam.

Bagi bekas Naib Presiden KFA dan juga bekas Pengurus pasukan Kedah musim 2007 dan 2008 Datuk Othman Aziz, melihat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mempunyai tanggungjawab yang mutakhir terhadap kejayaan bola sepak Kedah.

"Kita tak boleh lepas tangan kepada KDA FC semata-mata dan dalam masa yang sama saya yakin bahawa KFA mesti ada suara atau 'golden share' dalam KDA FC yang perlu dirujuk sekiranya pasukan atau kelab itu bermasalah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2024 @ 1:46 PM