AKSI pemain Uzbekistan ketika menentang Thailand. FOTO AFC
AKSI pemain Uzbekistan ketika menentang Thailand. FOTO AFC
Agensi

Doha: "Kita boleh mengejutkan Qatar, kenapa tidak?".

Itu nada tegas pengendali Uzbekistan, Srecko Katanec yang akui skuad kendaliannya turut memiliki peluang untuk mengejutkan pasukan tuan rumah Qatar dalam aksi suku akhir Piala Asia di Stadium Al Bayt, esok.

Jelas Katanec, tiada apa yang mustahil namun beliau akui Qatar bukan lawan mudah apatah lagi bakal mendapat sokongan ribuan penyokong sendiri.

"Ketika menentang Thailand (pusingan kedua) kami kehilangan ramai pemain utama yang tidak dapat diturunkan. Cuba anda bayangkan betapa sukarnya tugas kami untuk melangkah ke suku akhir.

"Qatar pasukan yang pilihan malah mereka tuan rumah kejohanan ini, tapi kejutan boleh berlaku seandainya kami beraksi seperti kebiasaan kami bermain," katanya.

Untuk rekod, Uzbekistan mempunyai rekod lebih baik ke atas Qatar, menang sembilan daripada 14 pertemuan di antara mereka, dengan Qatar hanya tiga kemenangan.

Uzbekistan mara ke suku akhir dengan rekod kemenangan sempurna dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Kali terakhir Qatar menewaskan Uzbekistan ialah pada Oktober 2014, 3-0 dalam aksi persahabatan.

Uzbekistan masih belum tewas dalam 11 perlawanan antarabangsa terakhir mereka, manakala Qatar memenangi kesemua empat perlawanan di Piala Asia kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2024 @ 12:53 PM