MESSI meraikan jaringan kedua bersama  Suarez and Jordi Alba. FOTO Reuters
MESSI meraikan jaringan kedua bersama Suarez and Jordi Alba. FOTO Reuters
AFP

Riyadh: Jaringan Luis Suarez dan Lionel Messi untuk Inter Miami tidak cukup mengelakkan kekalahan 3-4 ketika menentang kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal di Riyadh awal pagi tadi.

Tandukan minit ke-88 penyerang Brazil, Malcom menjadi pemisah aksi menarik di Kingdom Arena selepas Miami bangkit mengikat kedudukan 3-3 selepas ketinggalan 1-3 pada awal babak kedua.

Perlawanan itu yang terbaru Miami dalam siri jelajah persahabatan menjelang musim baharu Major League Soccer pada 21 Februari.

Bekas penyerang Fulham dan pemain antarabangsa Serbia Serbian Aleksandar Mitrovic membuka tirai jaringan minit ke-10 apabila tenang merembat melepasi jangkauan penjaga gol Miami Drake Callender.

Penyerang Arab Saudi Abdullah Al-Hamdan menjadikan kedudukan 2-0 selepas 13 minit perlawanan berlangsung apabila menghukum kesilapan pertahanan Miami Noah Allen.

Sergio Busquets hampir merapatkan jurang untuk Miami minit ke-26 tetapi rembatan volinya dari jarak dekat tersasar melepasi palang gol.

Kerja keras Miami berhasil pada minit ke-34 apabila Suarez yang menerima hantaran Julian Gressel tenang menolak bola masuk ke penjuru gawang.

Namun tuan rumah kembali melebarkan jaringan seminit sebelum rehat apabila hantaran Al-Hamdan disempurnakan penyerang Brazil Michael.

Miami kembali garang selepas rehat dan menyamakan kedudukan dengan dua gol dalam masa dua minit.

Messi menjadikan 3-2 menerusi penalti minit ke-54 selepas Mohammed Jahfali menjatuhkan David Ruiz dan pelawat tidak menunggu lama menyamakan kedudukan 3-3 hasil rembatan kencang Ruiz dua minit kemudian.

Ketika perlawanan tampak berakhir seri Malcolm menanduk masuk jaringan kemenangan Al Hilal ketika permainan berbaki dua minit.

Miami akan menentang kelab Cristiano Ronaldo Al-Nassr dalam aksi persahabatan kedua mereka di Arab Saudi pada Khamis ini sebelum berkunjung ke Hong Kong dan Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2024 @ 9:37 AM