PEMAIN EX Selangor Veterans yang beraksi dalam aksi persahabatan dengan PD Rangers Malay Veteran di Port Dickson semalam. -FOTO Mohd Amin Jalil.
PEMAIN EX Selangor Veterans yang beraksi dalam aksi persahabatan dengan PD Rangers Malay Veteran di Port Dickson semalam. -FOTO Mohd Amin Jalil.
Oleh Mohd Amin Jalil


Port Dickson: Bekas pemain kebangsaan dan Selangor ternyata masih berupaya mempamerkan kelincahan tersendiri dalam mengawal bola apabila mereka berjaya membantu pasukan EX Selangor Veterans menewaskan PD Rangers Malay Veterans, 1-0, dalam aksi persahabatan di Padang Merdeka Turf, di sini, petang semalam.

Gol tunggal perlawanan yang diadakan sempena tahun baharu 2024 itu dijaringkan Mohd Nizaruddin Yusof yang terhasil melalui sepakan sudut pada minit ke-15.

Wakil pasukan EX Selangor Veterans, Azman Adnan, menyifatkan perlawanan persahabatan itu sebagai detik yang sukar dilupakan kerana dapat menyatukan ramai bekas pemain kebangsaan dan Selangor.

Penyerang kebangsaan era 90 hingga 2000 itu berkata, walaupun hanya satu gol terhasil, namun bekas pemain telah berjaya mempamerkan semangat dan kesungguhan dalam persembahan meskipun kekuatan dan kelincahan mereka tidak sehebat dulu.

"Saya bagi pihak pemain EX Selangor Veterans mengucapkan terima kasih kepada PD Rangers Malay Veterans kerana mencetuskan perlawanan persahabatan ini.

"Sesungguhnya pertemuan ini sangat bermakna bagi kami semua kerana dapat bersua muka dengan rakan-rakan dan merapatkan lagi silaturahim di kalangan kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Disember 2023 @ 3:19 PM