RONALDO atasi Messi dan bintang kriket India. FOTO Twitter
RONALDO atasi Messi dan bintang kriket India. FOTO Twitter
Agensi

London: Cristiano Ronaldo meraih satu lagi pengiktirafan dalam kerjayanya apabila muncul atlet paling banyak dicari dalam sejarah Google.

Pemain sensasi Portugal berusia 38 tahun itu mengatasi legenda Argentina Lionel Messi dan bintang kriket India Virat Kohli untuk dinobatkan pemenang anugerah itu.

Google meraikan ulang tahun ke-25 dengan memuatnaik video pencarian paling banyak membabitkan pelbagai kategori dengan Ronaldo menduduki senarai teratas.

Bintang kelab Al-Nassr itu masih kekal antara atlet paling terkenal di dunia dan jumlah 615 juta pengikut di Instagramnya adalah paling tinggi berbanding manusia lain.

Bercakap mengenai pencapaian itu di X (Twitter), Ronaldo berkata: 'Syukur dipilih atlet paling dicari dalam sejarah Google.'

Ronaldo adalah pemenang lima kali Ballon d'Or dan pemenang Liga Juara-Juara.

Dia menjulang trofi Liga Perdana Inggeris tiga kali dan memenangi Serie A dan La Liga masing-masing dua kali.

Bintang Portugal itu beraksi 205 kali untuk Portugal dan menjaringkan 128 gol selain membantu negaranya menjuarai Kejohanan Eropah pada 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2023 @ 4:47 PM