MIKEL Arteta
MIKEL Arteta

London: Pengurus Arsenal Mikel Artetea mengakui bahawa pengendali sepertinya memiliki tanggungjawab besar untuk berkelakuan baik selepas beliau terlepas hukuman kerana mengkritik perlawanan pasukannya menentang Newcastle United tempoh hari.

Arteta dituduh oleh Persatuan Bolasepak England ketika beliau menganggap keputusan video bantuan pengadil (VAR) untuk memberikan gol kepada Anthony Gordon menyebabkan pasukannya kalah 0-1.

Namun, pengendali terbabit terlepas hukuman denda atau larangan tepi padang selepas panel disiplin menganggap pertuduhan perlanggaran itu adalah tidak terbukti.

Pengendali itu tidak pernah tunduk untuk menunjukkan rasa tidak puas hati di tepi padang dengan protes hingga mengganggu beberapa pengurus dan peminat lawan.

Arsenal ketika ini bersaing di kedudukan empat, Arteta kemungkinan akan menghadapi lagi situasi genting termasuklah membabitkan keputusan penting.

"Saya berasa sangat simpati sebenarnya kerana menjelaskan tekanan yang kita rasai sebagai pengurus dan betapa pentingnya butiran untuk pekerjaan kita.

"Keputusan adalah sangat penting dan sudah pastinya akan sangat emosi berkaitan perkara itu.

"Sudah pastinya, tiada siapa yang mahu ingat perkara berlaku tiga minggu lalu ketika anda kalah kerana sesuatu sebab," kata Arteta. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2023 @ 11:42 AM