ED Sheeran dijangka membuat konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Februari tahun depan. FOTO REUTERS
ED Sheeran dijangka membuat konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Februari tahun depan. FOTO REUTERS
Syazwan Msar dan Lydia Saiful


Kuala Lumpur: Konsert artis terkenal Britain, Ed Sheeran kemungkinan besar tetap diteruskan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 24 Februari tahun depan.

Berdasarkan kepada tinjauan Arena Metro di laman sosial golive-asia.com mendapati tiket berkenaan sudah mula dibuka untuk jualan kepada orang ramai bermula 25 Oktober lalu dengan penjualan tiket menerusi sesi pertama itu sudah habis ditempah.

Orang ramai masih lagi boleh mendapatkan tiket berkenaan menerusi laman web disediakan dan setakat ini boleh dikatakan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat penyanyi itu di negara ini.

Malah, menerusi hantaran poster konsert berkenaan, seorang lagi penyanyi Calum Scott akan dibawa sebagai penyanyi jemputan dalam konsert itu.

Ini adalah kali ketiga Ed Sheeran pernah membuat persembahan di SNBJ dengan jumlah kehadiran penonton lebih 40,000.

Ini bermakna, SNBJ kemungkinan besar akan sekali lagi 'dihenyak' seperti terjadi pada konsert Coldplay pada 22 November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Disember 2023 @ 9:40 PM