CALHANOGLU (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. FOTO AFP
CALHANOGLU (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. FOTO AFP
AFP

Milan: Pemain perancang, Hakan Calhanoglu menjaringkan satu gol dan membantu rakan sepasukannya meledak jaringan ketika Inter Milan kembali ke puncak Serie A dengan kemenangan selesa 4-0 di tempat sendiri ke atas Udinese.

Inter tergelincir ke tangga kedua dalam sebelum ini selepas kemenangan 1-0 Juventus ke atas penyandang juara, Napoli.

Di San Siro, pemain tengah Calhanoglu menyempurnakan sepakan penalti sebelum membantu Federico Dimarco dan Marcus Thuram menjaringkan gol untuk juara 16 kali itu sebelum rehat.

Lautaro Martinez dari Argentina mengesahkan tiga mata hasil jaringan ketika baki enam minit untuk mengekalkan tempatnya sebagai penjaring terbanyak liga.

"Adalah penting untuk bertindak balas kepada Juve yang berada di belakang kami, bukan mudah untuk bermain selepas mereka," kata Martinez.

"Saya bangga dan saya berharap dapat menjaringkan banyak gol, yang penting ialah membantu rakan sepasukan.

"Saya tidak peduli siapa yang menjaringkan gol, yang penting adalah untuk meneruskan seperti ini," tambahnya.

Inter kendalian Simone Inzaghi berada dua mata di atas Juve dan kekal tidak tewas dalam Serie A dan Liga Juara-Juara sejak 27 September.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2023 @ 11:19 AM