SAIFUL (tengah) beraksi cemerlang ketika Sri Pahang tewas 0-2 kepada JDT, Ahad lalu. FOTO FB MFL
SAIFUL (tengah) beraksi cemerlang ketika Sri Pahang tewas 0-2 kepada JDT, Ahad lalu. FOTO FB MFL
Asrol Awang


Kuantan: Gaya permainan meyakinkan yang dipersembahkan pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Mohamad Saiful Jamaluddin mendapat pujian pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad.

Legenda bola sepak Singapura itu berkata, pemain tengah skuad Tok Gajah itu mempamerkan prestasi terbaik apabila disenaraikan dalam kesebelasan utama berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT), Ahad lalu.

"Saya percaya Saiful akan berebut peluang untuk berada dalam skuad utama bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

"Beraksi bersama skuad B-23 negara di Piala Asia tahun depan menjadikannya lebih matang.

"Begitu juga Ibrahim Manusi yang bermain di bahagian pertahanan yang turut beraksi cemerlang," katanya.

Pada masa sama, Fandi berharap anak buahnya meraih kemenangan pada perlawanan terakhir Liga Super berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC, 16 Disember depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2023 @ 9:50 PM