KULUSEVSKI meledak gol penyamaan buat Spurs ikat City. -FOTO Reuters
KULUSEVSKI meledak gol penyamaan buat Spurs ikat City. -FOTO Reuters
AFP

London: Jaringan dramatik pemain Tottenham, Dejan Kulusevski memastikan pasukannya berjaya mengikat juara bertahan, Manchester City 3-3 awal pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan City tidak menang dalam tiga aksi liga buat kali pertama dalam tempoh enam tahun dan kini mendapati mereka di tangga ketiga carta liga, tiga mata di belakang pendahulu Arsenal dan satu di belakang Liverpool.

Pasukan Pep Guardiola mendahului 2-1 sebelum perlawanan berehat pada babak pertama hasil jaringan Phil Foden selepas kapten Spurs, Son Heung-min menjaringkan gol sendiri buat City dan Spurs, tetapi jaringan hebat Giovani Lo Celso menjadikan kedudukan 2-2.

Pemain gantian, Jack Grealish meletakkan juara bertahan itu di ambang kemenangan pertama City di Liga Perdana dalam tiga perlawanan apabila dia menjaringkan gol pada minit ke-81 tetapi pelawat enggan mengalah apabila pemain antarabangsa Sweden, Kulusevski bangkit untuk menguasai bola hasil hantaran lintang Brennan Johnson, mengejutkan penonton Etihad.

Perlawanan berkenaan berakhir dengan kontroversi apabila pengadil meneruskan perlawanan biarpun Erling Haaland dikasari dengan perlawanan diteruskan semula apabila Grealish menerima lorongan bola untuk menjaringkan gol .

"Amat sukar apabila anda mengkaji semula video, pengadil memutuskan untuk meniup wisel selepas beliau sudah menyatakan supaya meneruskan permainan. Selepas hantaran itu, kemudian meniup wisel, saya tidak faham dengan tindakan ini," kata Guardiola.

Keputusan hari itu menyaksikan Arsenal kekal dua mata di puncak liga dengan Liverpool di tempat kedua dan City di tempat ketiga.

Bos Tottenham, Ange Postecoglou memuji "usaha yang berterusan" daripada anak buahnya apabila bangkit selepas tiga kekalahan berturut-turut.

"Ia akan menjadi sangat mudah meraikannya tetapi saya fikir mereka menunjukkan watak yang hebat dan adalah penting mereka mendapat ganjaran," kata pengendali dari Australia itu.

"Mata adalah ganjaran yang baik."

Sementara itu Guardiola menyelar pasukannya gagal untuk mengatasi lawan mereka tetapi berkata mereka tidak akan mengalah untuk terus memburu kejuaraan Liga Perdana keempat berturut-turut.

"Kami meneruskan permainan pada tahap yang baik sekali," katanya. "Malangnya ketika menentang Liverpool perkara ini juga yang berlaku.

"Ini adalah saat di mana kami dapat melihat pasukan, bagaimana mereka bertindak balas, bagaimana kami melangkah ke hadapan. Ia adalah prestasi terbaik sekali lagi menentang pasukan teratas."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2023 @ 7:38 AM