Penjaga gol TFC, Suhaimi Husin. -FOTO Ghazali Kori
Penjaga gol TFC, Suhaimi Husin. -FOTO Ghazali Kori
Malik Muhamad


Kuala Terengganu: Selepas bocor empat gol ketika berdepan Sabah FC dalam saingan Liga Super Jumaat lalu, penjaga gol nombor satu Terengganu FC (TFC), Suhaimi Husin tidak rela pintu golnya dibolosi lagi apabila berdepan kelab Central Coast Mariners, Rabu ini.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu bakal menentang kelab dari negara kangaru itu pada aksi pusingan kedua Kumpulan G Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Industree Group Gosford, Australia.

Pada aksi pusingan pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 20 September lalu, skuad Penyu melakar kejutan selepas menang 1-0 hasil jaringan sendiri pertahanan pelawat, Nathan Paull.

Bagaimanapun laluan berliku buat skuad TFC untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata lebih-lebih lagi pendahulu kumpulan itu kebal di gelanggang mereka selepas membelasah kelab Filipina, Stallion Laguna FC 9-1 dan kelab Indonesia, Bali United, 6-3.

"Atas kertas kelebihan pastinya berpihak kepada kelab Australia itu kerana beraksi di tempat sendiri selain pastinya mereka mahu membalas dendam kekalahan tipis pada aksi pertama tempoh hari.

"Namun saya dan rakan sepasukan sudah bersedia sepenuhnya untuk menangkis percubaan pasukan lawan, sejujurnya kekalahan besar kepada Sabah FC tempoh hari banyak mengajar kami untuk kembali bangkit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 November 2023 @ 2:08 PM