BARISAN pemain JDT  menikmati makan malam selepas tiba di Jepun untuk aksi ACL menentang Kawasaki Frontale di Stadium Todokori, Selasa ini. FOTO Johor Southern Tigers
BARISAN pemain JDT menikmati makan malam selepas tiba di Jepun untuk aksi ACL menentang Kawasaki Frontale di Stadium Todokori, Selasa ini. FOTO Johor Southern Tigers
Rizar Mohd Noor


Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari akan berusaha membentuk taktikal lebih ampuh apabila berdepan Kawasaki Frontale dalam aksi keempat Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Todokori di Jepun, Selasa ini.

Beliau berkata, walaupun apa jua perlu diharungi JDT, pasukan itu akan berusaha memberi persembahan terbaik tatkala sedar ia tampak mencabar dan sukar apabila berdepan skuad kendalian Toru Oniki yang dibarisi pemain berkualiti.

"Kami dalam saingan ACL yang mana kami perlu hadapi perlawanan dianggap sukar tatkala menentang pasukan hebat di Jepun di tambah pula beraksi di sana yang sememangnya bukan mudah.

"Namun tidak kira menang atau kalah, kami sentiasa bersama malah pemain juga memiliki sasaran sama iaitu akan cuba beri persembahan terbaik dan juga antara kejurulatihan dan pemain sentasa bekerjasama untuk capai apa disasarkan.

"Kami juga sudah membuktikan yang JDT pasukan mampu beri cabaran di peringkat antarabangsa malah pernah beri saingan apabila beri tentangan sengit kepada anak didik Oniki selepas hanya tewas tipis 0-1 dalam aksi berintensiti tinggi," katanya.

Tegas Solari sudah tiba masanya untuk mengekalkan momentum permainan ketika menentang kelab dari Jepun itu seperti dilakukan pada aksi 19 September lalu dengan semangat lebih membara untuk mengintai memburu kemenangan dan ianya bukan mustahil jika pemain mengekalkan konsistensi.

Pengendali kelahiran Argentina itu enggan terlalu memikirkan rekod kurang baik JDT menentang kelab dari Jepun dengan aksi terakhir mereka tewas kepada Urawa Red Diamond 0-5 dalam saingan ACL pada musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2023 @ 12:22 PM