SALAH dikatakan menjadi sasaran kelab Arab Saudi. FOTO REUTERS
SALAH dikatakan menjadi sasaran kelab Arab Saudi. FOTO REUTERS
Agensi

Riyadh: Arab Saudi memberi amaran kepada kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang pemain-pemain bintang mereka sekali lagi akan menjadi buruan pada Januari ini.

Michael Emenalo, ketua perpindahan negara Teluk itu berkata, sebarang tambahan pemain pada jendela perpindahan seterusnya mestilah pada peringkat tertinggi.

Kelab-kelab Liga Pro Saudi berbelanja 784 juta pound (RM4.56 bilion) untuk memperkuat skuad mereka sepanjang jendela perpindahan musim panas lalu.

Hampir 90 peratus daripada perbelanjaan itu adalah oleh kelab-kelab yang dimiliki Public Investment Fund (PIF), yang turut memiliki Newcastle, dengan Karim Benzema, Neymar dan Sadio Mane antara nama besar menyertai Cristiano Ronaldo di liga berkenaan.

Menurut Emenalo, perpindahan akan datang tidak akan sesibuk sebelumnya kerana mereka hanya mensasarkan pemain-pemain terbaik.

Bintang Liverpool, Mohamed Salah antara keutamaan mereka selepas bidaan bernilai 150 juta pound (RM871.87 juta) ditolak pada musim panas.

Gandingan Manchester United, Jadon Sancho dan Raphael Varane juga berada dalam senarai Arab Saudi, manakala duo Tottenham, Son Heung-min dan Richarlison turut menjadi sasaran.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2023 @ 3:51 PM