KARIM Benzema. FOTO Agensi
KARIM Benzema. FOTO Agensi
Agensi

Riyadh: Selepas Nuno Espirito Santo dipecat, penyerang prolifik Perancis, Karim Benzema kembali menemui sentuhan jaringan apabila membantu Al-Ittihad melakar kemenangan 4-2 ke atas pasukan Abha.

Benzema yang difahamkan bergaduh dengan Nuno beberapa hari lalu tampil lebih berbisa apabila bekas pemain Real Madrid itu meledak hatrik.

Kemenangan berkenaan turut menamatkan rentetan lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam liga yang menyebabkan pertelagahan antara Benzema dan Nuno.

Ia susulan kekalahan pada pertengahan minggu kepada kelab Iraq, Al-Quwa Al-Juwiya dalam kempen Liga Juara-Juara Asia, kedua-duanya dilaporkan bertegang urat di bilik persalinan.

Dalam aksi itu, Benzema meledak pada minit 38 hasil sepakan penalti sebelum dia menambah dua gol lagi di minit 67 dan 69, manakala satu gol lagi diraih menerusi Igor Coronado mninit 54.

Dua jaringan saguhati lawan pula diperolehi melalui Karl Toko Ekambi dan Fahad Al-Jumayah, masing-masing di minit 51 dan 85.

Ketika ini Al-Ittihad berada di tangga kelima Liga Pro Saudi dengan ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Al-Hilal dan empat mata di belakang Al-Nassr yang dipimpin bekas rakan sepasukannya di Madrid, Cristiano Ronaldo.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2023 @ 1:31 PM