MILAN terus mempamerkan aksi mengecewakan. FOTO Reuters
MILAN terus mempamerkan aksi mengecewakan. FOTO Reuters
Reuters

Milan: AC Milan yang kurang bersemangat tewas 0-1 kepada Udinese dalam Serie A di San Siro, melanjutkan rekod tanpa kemenangan kepada empat perlawanan dalam semua pertandingan dan meninggalkan mereka enam mata di belakang tempat teratas.

Roberto Pereyra dari Udinese menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62 selepas Milan mendominasi separuh masa pertama tetapi gagal merebut peluang mereka.

Pasukan bimbingan Stefano Pioli yang semakin goyah, bakal melayan kunjungan Paris St Germain dalam Liga Juara-Juara Rabu ini, tewas 0-1 di laman sendiri kepada Juventus dan seri 2-2 dengan penyandang juara, Napoli dalam dua perlawanan liga sebelum ini.

Kekalahan terbaharu itu menyebabkan Milan berada di tempat ketiga dengan 22 mata daripada 11 perlawanan dan semakin jauh pendahulu Inter Milan, yang menewaskan Atalanta 2-1 di tempat lawan.

Milan kekal satu mata di belakang pasukan tangga kedua Juve yang berkunjung ke Fiorentina hari ini.

Udinese, yang menewaskan Milan 3-1 dalam pertemuan terakhir mereka pada Mac, memenangi perlawanan berturut-turut menentang Rossoneri dalam Serie A buat kali pertama sejak 2017.

"Jelas sekali kami tidak bermain pada tahap yang baik, dan ke hadapan ia menjadi semakin sukar," kata Pioli kepada DAZN.

"Pada separuh masa pertama kami mempunyai beberapa peluang yang baik tetapi ia adalah perlawanan terburuk dalam tempoh sejak kebelakangan ini. Kami bergelut untuk mencari ruang, dan kami melepaskan penalti di mana pihak lawan pulang mencatat kemenangan.

"Kekalahan itu menyakitkan, ada kekecewaan tetapi (juga) keazaman yang besar untuk bersedia menghadapi perlawanan Liga Juara-Juara seterusnya menentang pasukan yang sangat kuat yang boleh ditewaskan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2023 @ 12:37 PM