PEMINAT boleh menyaksikan lebih dekat trofi yang dimenangi Messi pada aksi persahabatan berkenaan. FOTO Reuters
PEMINAT boleh menyaksikan lebih dekat trofi yang dimenangi Messi pada aksi persahabatan berkenaan. FOTO Reuters
Reuters

Miami: Inter Miami akan meraikan anugerah Ballon d'Or kelapan Lionel Messi dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang New York City FC.

Dia akan diberi penghormatan sebagai sebahagian daripada perayaan Noche d'Or (Malam Emas) kelab pada 10 November di Fort Lauderdale.

Peminat di Stadium DRV PNK akan dapat melihat trofi bersejarah pemain antarabangsa Argentina berusia 36 tahun itu sebelum perlawanan.

Majlis praperlawanan juga akan menampilkan ucapan daripada Messi, pemilik pasukan Jorge Mas dan pesuruhjaya MLS, Don Garber.

Perlawanan menentang New York City akan bermula pada pukul 8 malam waktu tempatan.

Selasa lalu Messi menjadi pemain MLS yang masih aktif pertama memenangi Ballon d'Or, yang disampaikan setiap tahun kepada pemain terbaik di dunia.

Rekod lapan kemenangannya adalah tiga lebih banyak daripada naib juara, Cristiano Ronaldo.

Messi membimbing Argentina ke kejuaraan Piala Dunia 2022 di Qatar dan memenangi gelaran Ligue 1 2022-23 bersama Paris Saint Germain sebelum menyertai Inter Miami pada pertengahan Julai.

Dia menjaringkan 11 gol dan lapan bantuan jaringan dalam 14 penampilan bersama Herons.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 November 2023 @ 9:25 AM