AUSTRALIA tarik diri dari membida Piala Dunia 2034. FOTO AFP
AUSTRALIA tarik diri dari membida Piala Dunia 2034. FOTO AFP
AFP

Sydney: Australia memutuskan untuk tidak membida Piala Dunia bola sepak 2034, sekali gus mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai pilihan menganjurkan kejohanan itu.

Bola Sepak Australia menarik bidaan pada hari ini selepas Konfederasi Bola Sepak Asia ketinggalan di belakang Arab Saudi.

"Kami mencuba untuk membida menjadi tuan rumah Piala Dunia Fifa dan selepas mengambil kira semua faktor, kami mencapai keputusan untuk tidak berbuat demikian penganjuran 2034," kata Bolasepak Australia dalam satu kenyataan.

Badan induk dunia Fifa menjemput bidaan dari rantau Asia dan Oceania untuk hak penganjuran Piala Dunia secara bergilir selepas menamakan Maghribi, Sepanyol dan Portugal sebagai tuan rumah bersama untuk 2030.

Australia dan New Zealand bersama-sama menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita tahun ini dan ia secara umumnya dianggap sebagai satu kejayaan.

Hasrat Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 adalah langkah terbaharu dalam kempen untuk menjadikan kerajaan itu sebagai kuasa sukan global.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2023 @ 7:23 PM