NMECHA meraikan jaringannya di St James  Park. FOTO AFP
NMECHA meraikan jaringannya di St James Park. FOTO AFP
Reuters

Newcastle, England: Borussia Dortmund menghidupkan kembali cabaran mereka dalam Kumpulan F Liga Juara-Juara hasil kemenangan getir 1-0 di Newcastle United menerusi jaringan Felix Nmecha, awal pagi tadi.

Rembatan Nmecha sejurus sebelum rehat sudah cukup buat kelab Bundesliga itu meraih kemenangan sulung dalam tiga perlawanan.

Selepas menampilkan permainan terbuka pada babak pertama, Dortmund memperkuatkan pertahanan selepas rehat yang hampir dibolosi menerusi tandukan Callum Wilson dan percubaan Anthony Gordon yang terkena tiang.

Kekalahan Newcastle membolehkan persaingan dalam kumpulan kembali terbuka dengan PSG meraih enam mata, Newcastle dan Dortmund masing-masing empat mata manakala Milan dua mata.

"Pada babak kedua benteng kami terpaksa bekerja keras tetapi kami cekal bertahan sambil tuah juga menyebelahi kami," kata jurulatih Dortmund Edin Terzińá kepada TNT Sport. "Kumpulan ini akan menjadi sangat sukar sehingga ke aksi terakhir."

Newcastle menjaringkan 18 gol dalam semua kejohanan menerusi tujuh aksi di tempat sendiri termasuk empat gol ketika membelasah PSG awal bulan ini.

Tetapi Dortmund terbukti lebih sukar diatasi ketika mereka menggunakan kelebihan pengalaman Eropah berserta jentera serangan yang lebih mengancam pada babak pertama.

Kedua-dua kelab akan bertemu sekali lagi di Dortmund dua minggu lagi dalam pertembungan yang boleh menjadi penentu nasib mereka dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2023 @ 8:06 AM