GUIRASSY (kanan) mula mendapat perhatian kelab berprofil tinggi. FOTO AFP
GUIRASSY (kanan) mula mendapat perhatian kelab berprofil tinggi. FOTO AFP
AFP

Paris: Pemain antarabangsa Guinea, Serhou Guirassy memecah rekod Bundesliga yang dikongsi oleh Robert Lewandowski dan mendiang Gerd Muller apabila dia menjaringkan hatrik Sabtu lalu untuk meningkatkan jumlah golnya kepada 13 daripada tujuh perlawanan.

Pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan tiga gol pada hujung minggu lalu bagi membolehkan pasukan tangga kedua, Stuttgart mencatat kemenangan 3-1 ke atas Wolfsburg mengekalkan mereka satu mata di belakang pendahulu, Bayer Leverkusen.

Bintang Poland Lewandowski (2019), legenda Jerman Muller (1968) dan Christian Muller (1964) semuanya memerlukan sembilan perlawanan untuk mencapai jumlah 13 gol.

Guirassy dilaporkan muncul sebagai sasaran Real Madrid menjelang jendela perpindahan musim panas 2024.

Menurut laporan Defensa Central, Guirassy menjadi sasaran yang diminati oleh Real.

The Merengues sedang menyusun strategi untuk mendapatkan penyerang itu menjelang jendela perpindahan musim panas 2024.

Pemain yang memulakan karier remajanya di Stade Lavallois pernah mewakili LOSC Lille, AJ Auxerre, Koln, Amiens SC, dan Stade Rennais sebelum akhirnya berhijrah ke VfB Stuttgart.

Dia yang berusia 27 tahun itu menyertai kelab Bundesliga itu secara pinjaman untuk musim 2022/23 sebelum melengkapkan perpindahan tetap pada musim panas lalu.

Peningkatan prestasi Guirassy menarik perhatian beberapa kelab berprofil tinggi.

Laporan terbaru mengaitkannya dengan banyak pasukan Liga Perdana Inggeris, termasuk Tottenham Hotspur.

Bagaimanapun, mereka yang berminat mendapatkan penyerang itu kini perlu bersaing dengan Real.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2023 @ 10:46 AM