Barcelona: Pertahanan Real Madrid, Dani Carvajal akan terlepas aksi pembukaan Liga Juara-Juara menentang Union Berlin Khamis ini kerana kecederaan otot kaki kanan.
"Dia mempunyai beban yang berlebihan (berotot) dan esok dia akan menjalani ujian – kami lebih suka merehatkannya," kata jurulatih Madrid, Carlo Ancelotti kepada pemberita sambil menambah bahawa Lucas Vazquez akan menggantikan pemain berkenaan.
"Carvajal baik-baik saja dan kami tidak fikir ia akan menjadi sesuatu yang serius.
"Dia juga mungkin berisiko terlepas pertembungan tetangga Madrid menentang Atletico Madrid di Metropolitano hujung minggu ini.
Ancelotti mengesahkan pemain tengah veteran, Luka Modric bersedia untuk bermain menentang Union Berlin, selepas masuk sebagai pemain gantian dalam empat daripada lima perlawanan pembukaan La Liga.