RODNEY dibuang padang ketika menentang Perak FC. FOTO KDA FC
RODNEY dibuang padang ketika menentang Perak FC. FOTO KDA FC
Izzali Ismail


Alor Setar: Pemain pertahanan Kedah Darul Aman (KDA FC) Rodney Celvin tampil membuat permohonan maaf di atas insiden kekasaran dilakukannya ketika menentang Perak FC di Stadium Perak semalam.

Pada saingan Piala Malaysia yang menyaksikan Sang Kenari tewas 1-3 kepada Perak FC, Rodney dilayangkan kad merah pada minit ke-61 selepas mengasari pemain import Perak FC Seo Seonung sehingga mengalami kecederaan patah hidung.

Susulan insiden itu, Rodney mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada pemain Perak FC, Seo Seonung serta penyokong skuad The Bos Gaurus hari ini.

"Saya ingin memohon maaf kepada pemain Perak FC Seo Seonung dan penyokong di atas insiden yang berlaku semasa perlawanan Piala Malaysia semalam.

"Sejujurnya saya tiada niat untuk mencederakan mana-mana pemain dan insiden tersebut berlaku secara spontan setelah di kasari. Semoga Seo cepat sembuh," kata Rodney di laman media sosialnya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Ogos 2023 @ 10:11 PM