RONALDO (dua dari kiri) cuba melepasi pemain pertahanan Shabab Al-Ahli dari Brazil, Renan (kanan) pada aksi playoff AFC, kelmarin. FOTO REUTERS
RONALDO (dua dari kiri) cuba melepasi pemain pertahanan Shabab Al-Ahli dari Brazil, Renan (kanan) pada aksi playoff AFC, kelmarin. FOTO REUTERS
Reuters

Kuala Lumpur: Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr akan memulakan kempen peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Tehran menentang Persepolis, bulan depan.

Manakala juara bertahan, Urawa Red Diamonds akan bertemu juara China, Wuhan Three Towns.

Urawa dari Jepun yang menewaskan kelab Hong Kong, Lee Man pada playoff untuk memastikan tempat dalam undian di Kuala Lumpur, hari ini, turut berdepan naib juara 2021, Pohang Steelers dari Korea Selatan dan kelab Vietnam, Hanoi FC dalam Kumpulan J.

Al-Nassr layak menerusi playoff selepas menang 4-2 ke atas Shabab Al-Ahli dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan pasukan kendalian Luis Castro diundi bersama kelab Qatar, Al-Duhail dan FC Istiklol dari Tajikistan dalam Kumpulan E.

Juara empat kali, Al-Hilal, yang mengikat Neymar dari Paris Saint-Germain minggu lalu akan memulakan cabaran mereka dalam Kumpulan D menentang Navbahor dari Uzbekistan sebelum bertemu kelab Iran, FC Nassaji Mazandaran dan Mumbai City dari India.

Peringkat kumpulan pertandingan benua itu akan bermula pada 18 September depan dan menyaksikan kelab dibahagikan kepada liga kumpulan masing-masing bagi wilayah barat dan timur.

Juara setiap 10 kumpulan itu akan layak ke peringkat kalah mati di samping tiga pasukan naib juara terbaik dari undian barat dan timur.

Pusingan kalah mati akan bermula pada 12 Februari manakala final diadakan secara timbal balik pada 11 dan 18 Mei tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2023 @ 8:53 PM