SILVA berjaya membantu City meraih pelbagai kejayaan. FOTO Agensi
SILVA berjaya membantu City meraih pelbagai kejayaan. FOTO Agensi
Reuters

Madrid: Bekas pemain antarabangsa Sepanyol, David Silva mengumumkan persaraannya, beberapa hari selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) dalam latihan pramusim bersama kelabnya, Real Sociedad.

Pemain tengah berusia 37 tahun itu cedera lutut kirinya pada awal Julai, ketika berlatih menjelang musim keempatnya bersama kelab LaLiga itu.

"Hari ini adalah hari yang menyedihkan bagi saya," kata Silva dalam video yang disiarkan di media sosialnya, mengimbas kembali beberapa sorotan kerjayanya.

"Hari ini tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada apa yang saya dedikasikan sepanjang hidup saya. Hari ini tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerja saya, yang seperti keluarga. Saya akan sangat merindui awak."

Salah seorang pemain terbaik dalam generasinya, Silva sarat dengan trofi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), LaLiga dan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Dia memenangi trofi utama, termasuk Piala Dunia pada 2010 dan Euro dua kali bersama Sepanyol, manakala dia memenangi Copa del Rey dua kali, sekali bersama Valencia pada 2008 dan trofi terakhirnya bersama Sociedad pada 2020.

Bagaimanapun, kejayaan paling berjaya di peringkat kelab hadir ketika bersama Manchester City, di mana dia memenangi EPL empat kali, Piala FA dua kali dan lima Piala Liga dalam tempoh sedekad dari 2010-2020.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Julai 2023 @ 11:02 PM