MAHREZ berhijrah ke Al-Ahli. -FOTO Reuters
MAHREZ berhijrah ke Al-Ahli. -FOTO Reuters
Agensi

London: Manchester City bersetuju untuk menjual Riyad Mahrez kepada Al-Ahli dalam perjanjian £34.7 juta (RM203.91 juta).

Pemain berusia 32 tahun itu kini tidak bersama dalam jelajah pra-musim City di Jepun dan Korea Selatan dan akan menjalani pemeriksaan perubatan bersama pasukan Liga Pro Saudi.

Menurut laporan, Al-Ahli bersetuju dengan kontrak tiga tahun bersama Mahrez dan akan membayar City £30.4 juta (RM178.77 juta) serta £4.3 juta (RM25.27 juta) sebagai tambahan.

Al-Ahli sudah pun menandatangani Edouard Mendy dari Chelsea dan Roberto Firmino dari Liverpool pada musim panas ini.

Mereka juga menghampiri perjanjian £21.5 juta (RM126.37 juta) dengan Newcastle United untuk menandatangani Allan Saint-Maximin..

Sementara itu, Mahrez menamatkan tempoh sembilan tahunnya di England di mana dia memenangi lima kejuaraan Liga Perdana - empat bersama Manchester City dan sekali bersama Leicester City pada 2016.

Pemain antarabangsa Algeria itu memenangi 10 trofi sepanjang bersama di City dan juga sebahagian daripada kejayaan pasukan itu merangkul treble pasukan musim lalu.

City kini kehilangan Mahrez dan Ilkay Gundogan, yang menyertai Barcelona secara percuma awal musim panas ini.

Kyle Walker juga dijangka melengkapkan perpindahannya ke Bayern Munich sebelum penghujung jendela, manakala City tetap terbuka untuk kembali mendapatkan Joao Cancelo selepas membenarkannya pergi secara pinjaman pada Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2023 @ 8:10 AM