CAICEDO menjadi sasaran utama Chelsea untuk mengukuhkan jentera tengah mereka. FOTO REUTERS
CAICEDO menjadi sasaran utama Chelsea untuk mengukuhkan jentera tengah mereka. FOTO REUTERS
Agensi

London: Bidaan kedua Chelsea berjumlah £70 juta (RM415.61 juta) untuk mendapatkan pemain tengah, Moises Caicedo ditolak oleh Brighton.

Justeru, the Blues kini bersedia untuk membuat bidaan ketiga bagi mendapatkan pemain sasaran utama bagi musim panas ini, selepas bidaan pertama berjumlah £60 juta (RM356.24 juta) pada bulan lalu, turut ditolak.

Caicedo yang juga pemain tengah Ecuador kini berada di Amerika Syarikat (AS) untuk latihan jelajah pramusim bersama the Seagulls dan dijadual menentang Chelsea di Philadelphia pada 22 Julai.

Caicedo sudah menyuarakan keinginannya untuk berpindah ke timur London pada jendela perpindahan kali ini.

Malah, bos Chelsea, Mauricio Pochettino terdesak memastikan rundingan ini menjadi kenyataan secepat mungkin.

Brighton sedia melepaskan Caicedo dalam dua situasi iaitu bidaan sekitar £100 juta (RM593.73 juta) dan mereka turut mendapat pengganti seumpamanya dalam masa terdekat.

Mac lalu, Caicedo menandatangani lanjutan kontrak baharu sehingga 2027 dan diberi pilihan tambahan lanjutan 12 bulan lagi.

Susulan perpindahan Declan Rice bernilai £105 juta (RM623.41 juta) ke Arsenal dari West Ham, yuran itu menjadi penanda aras bagi Brighton yang menganggap pemain berusia 21 tahun itu memiliki kualiti hampirt sama.

Malah, Januari lalu, Arsenal turut kecewa apabila bidaan RM415.61 juta untuk mendapatkan Rice ditolak oleh West Ham.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2023 @ 10:10 PM