STAR Cougars wakil tunggal Malaysia berentap di Amerika Syarikat. FOTO STAR Cougars
STAR Cougars wakil tunggal Malaysia berentap di Amerika Syarikat. FOTO STAR Cougars
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Ubi muda negara terus menyinar di pentas antarabangsa apabila berjaya membenam pasukan elit berpangkalan di Amerika Syarikat 6-0 dalam kejohanan jemputan baru-baru ini.

Skuad Bolasepak Bawah 17 tahun (U17) Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh menampilkan aksi luar biasa sekali gus menewskan Morrisville Soccer Club di kejohanan bola sepak IBERCUP yang berlangsung di Estoril, Portugal.

Sudah pastinya kejayaan itu memberi amaran awal kepada pasukan lain bahawa mereka bakal mencipta lebih banyak kejayaan di kejohanan yang bermula 2 Julai hingga 12 Julai ini.

Pasukan STAR Cougars satu-satunya pasukan dari Malaysia yang dijemput ke pertandingan itu yang menampilkan remaja belasan tahun daripada seluruh dunia.

Mengikut rekod, sejak edisi pertama, lebih daripada 100 negara menyertai pertandingan itu membabitkan penyertaan lebih 50,000 pemain remaja lelaki dan perempuan.

STAR Cougars FC bukanlah baharu dalam arena bola sepak di peringkat akar umbi kerana sudah ditubuhkan pada 1957 dan dijenamakan semula pada 2017 serta diberi nafas baharu dengan pengurusan dan kejurulatihan yang lebih tersusun dan teratur.

Walaupun mungkin pasukan ini kurang dikenali oleh peminat bolasepak tempatan namun pencapaian diperolehi sebelum ini membuktikan STAR Cougars FC sememangnya layak untuk mewakili negara ke kojohanan berprestij itu.

Antara pencapaiannya adalah menjadi juara di Kejohanan Piala Yakoma Antarabangsa U17 di Hanoi, Vietnam pada 2022 dan muncul juara divisyen super, kejohanan STAR National SBP Championship pada tahun sama.

STAR Cougars akan menentanag GD Mocidade Praiense dari Portugal dalam perlawanan kedua yang dijadual esok.

Selain Malaysia, Amerika Syarikat dan Portugal, kejohonan itu turut disertai pasukan dari Australia, Jamaica, Brazil, Kanada, Sepanyol, Itali, Sweden, Singapura, Zambia, UAE, Guatemala, Perancis, Poland dan Afrika Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2023 @ 3:40 PM