PEMAIN pertahanan KDA FC, Bojan Ciger (tengah) cuba menghalang pemain TFC, Nik Muhamad Shariff Haseefy pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi. FOTO GHAZALI KORI
PEMAIN pertahanan KDA FC, Bojan Ciger (tengah) cuba menghalang pemain TFC, Nik Muhamad Shariff Haseefy pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi. FOTO GHAZALI KORI
Malik Muhamad


Kuala Terengganu: Beraksi di bawah tahap permainan sebenar menjadi faktor utama Kedah Darul Aman FC (TFC) tersungkur di tangan Terengganu FC (TFC) pada aksi ke-15 Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi.

Perkara itu diakui penolong jurulatihnya, Victor Andrag yang melihat sekurang-kurangnya pasukannya mampu membawa pulang satu mata jika anak buahnya memperagakan corak permainan seperti dirancang, namun yang berlaku adalah sebaliknya.

Pada perlawanan itu, penyerang meningkat naik TFC, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob muncul wira pasukannya apabila jaringannya pada minit ke-16 memastikan skuad Penyu melakar kemenangan tipis 1-0, sekali gus membalas dendam kekalahan dengan keputusan sama pada aksi pusingan pertama.

"Secara keseluruhan pemain kami beraksi di bawah tahap permainan sebenar.

"Kami sudah ada sasaran dalam perlawanan ini, lagipun pada tiga perlawanan terakhir sebelum liga terhenti, kami sudah nampak momentum itu dengan corak permainan tersusun selain berjaya mendominasi permainan.

"Namun ketiadaan kapten, Manuel Ott dan perancang, Lee Tuck, memberi impak besar kepada pasukan sebab pemain yang diturunkan menggantikan mereka tidak berjaya memikul tanggungjawab ditambah pula beraksi di tempat lawan.

"Bagaimanapun saya tidak mahu menyatakan ketiadaan dua pemain itu menjejaskan corak permainan keseluruhan pasukan, tetapi apabila perlawanan terhenti begitu panjang, kami tidak dapat momentum permainan yang dirancang," katanya selepas tamat perlawanan.

Ketika ditanya mengenai tanggungjawab dipikulnya bagi menggantikan ketua jurulatih, Nafuzi Zain yang masih lagi digantung perlawanan sehingga dilihat taktikal kurang menjadi, bekas pertahanan tengah skuad kebangsaan itu menjelaskan, perancangan dilakukan bersama Nafuzi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2023 @ 2:15 PM