JACKSON akan perkuatkan jentera serangan Chelsea. -FOTO Reuters
JACKSON akan perkuatkan jentera serangan Chelsea. -FOTO Reuters
AFP

London: Bahagian serangan baharu Chelsea akan terbentuk selepas The Blues mengesahkan menandatangani Nicolas Jackson dari Villarreal.

Pemain antarabangsa Senegal itu menandatangani perjanjian lapan tahun di Stamford Bridge selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam La Liga musim lalu dengan 12 gol dalam 26 penampilan.

Perpindahan Jackson, 22, dianggarkan menelan belanja £32 juta (RM188.83 juta).

Pengarah sukan Chelsea, Laurence Stewart dan Paul Winstanley berkata: "Kami teruja untuk mengalu-alukan Nicolas ke Chelsea. Dia adalah pemain muda yang berpotensi besar, seperti yang ditunjukkannya ketika bersama Villarreal musim lalu.

"Kami percaya dia sudah bersedia untuk langkah seterusnya dalam kariernya dan berharap dia dapat bekerja dengan ketua jurulatih baharu kami, Mauricio Pochettino dan rakan sepasukannya di Chelsea."

Chelsea sibuk dalam beberapa minggu pertama jendela perpindahan kerana mereka terpaksa melepaskan beberapa pemain bagi menepati peraturan kewangan selepas berbelanja lebih £500 juta (RM2.95 bilion) membeli pemain baharu musim lalu.

Kai Havertz menyertai Arsenal, Edouard Mendy dan Kalidou Koulibaly menyertai barisan bintang dari Eropah ke Arab Saudi, manakala Ruben Loftus-Cheek menyertai AC Milan.

Perjanjian juga dipersetujui antara Chelsea dan Manchester United untuk penjualan Mason Mount.

Bagaimanapun, mereka juga memperkukuhkan bahagian serangan yang tumpul ketika Jackson akan bersaing dengan pemain Perancis, Christopher Nkunku bagi peranan sebagai pemain nombor 9 pilihan utama Pochettino musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2023 @ 8:39 AM