HEUNG-min tolak tawaran Ittihad dan  lebih berminat beraksi di Liga Perdana Inggeris.
HEUNG-min tolak tawaran Ittihad dan lebih berminat beraksi di Liga Perdana Inggeris.
Reuters

London: Penyerang Tottenham Hotspur Son Heung-min menafikan dakwaan dia bakal mengikut jejak langkah beberapa pemain ternama Eropah yang berpindah ke Arab Saudi dan berkata wang bukan keutamaannya ketika ini.

Al-Ittihad berminat menandatangani penyerang Korea Selatan itu dengan harga sekitar 50 juta pound (RM296.62 juta) dan sedia menawarkan Heung-min kontrak 25 juta pound (RM148.31 juta) setahun, menurut laporan media Britain.

"Banyak perkara perlu saya lakukan di Liga Perdana," kata Heung-min selepas aksi persahabatan Korea Selatan menentang El Salvador yang berakhir 1-1 semalam.

"Wang bukan keutamaan saya ketika ini, penghormatan bermain bola sepak serta beraksi di liga kegemaran saya lebih utama."

Kelab Arab Saudi terbabit menandatangani Karim Benzema dengan kontrak tiga musim bernilai $165 juta (RM767 juta) menurut media tempatan yang turut melaporkan N'Golo Kante menjadi pemain terbaru milik Ittihad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2023 @ 12:06 PM