BAS yang membawa barisan pemain City di Manchester. -FOTO Reuters
BAS yang membawa barisan pemain City di Manchester. -FOTO Reuters
AFP

Manchester, United Kingdom: Hujan lebat dan ribut petir tidak menghalang Manchester dibanjiri lautan warni biru muda bagi meraikan kejayaan pasukan City merangkul treble bersama wira mereka.

City menjadi pasukan kedua yang memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana, Piala FA pada musim yang sama selepas menewaskan Inter Milan 1-0 di Istanbul pada hari Ahad lalu dan muncul juara Eropah buat kali pertama.

Walaupun sambutan itu lewat disebabkan oleh cuaca ribut, jalan-jalan di pusat bandar masih sesak dengan kehadiran penyokong untuk memberi penghormatan kepada pengurus Pep Guardiola dan pemainnya.

"Ia perarakan," kata Guardiola. "Mestilah begitu, tiada cahaya matahari. Kami mahu hujan. Cara yang sempurna."

Hanya Erling Haaland salah seorang bintang City yang muncul di atas pentas tanpa baju, manakala duo England, Jack Grealish dan Kalvin Philips kelihatan tidak stabil kesan daripada sambutan meraikan kejayaan mereka selama 48 jam.

"Saya mempunyai 24 jam terbaik, siang dan malam," kata Grealish. "Saya tidak fikir saya tidur."

Delegasi City berlepas pulang dari Istanbul ke Manchester pada semalam tetapi ramai daripada skuad itu pulang dengan menaiki jet peribadi ke Ibiza untuk berpesta pada malam kedua.

Bagi penyokong City, terdapat kegembiraan tambahan dalam meraikan kejayaan treble kerana kini bukan pencapaian Manchester United pada 1998/99 bukan lagi satu pencapaian yang unik.

City sebelum ini hidup dalam bayang-bayang jiran mereka selama beberapa dekad ketika Alex Ferguson membina sebuah legasi di Old Trafford selama 27 tahun ketika dia mengendalikan United antara 1986 dan 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2023 @ 8:46 AM