PEMAIN Kedah meraikan kejayaan menumpaskan Perak. FOTO SYAHARIM ABIDIN
PEMAIN Kedah meraikan kejayaan menumpaskan Perak. FOTO SYAHARIM ABIDIN
Izzali Ismail


Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA) menepati ramalan apabila meneruskan momentum kemenangan dengan menewaskan Perak FC 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Sang Kenari naik satu anak tangga ke tangga ketiga liga dengan mengumpul 28 mata.

Kedah bermula garang dan berpeluang berada di depan seawal minit ketujuh apabila kapten pasukan Lee Tuck melakukan sepakan bebas, namun tepat ke dakapan penjaga gawang lawan, T Shaheeswaran.

Serangan demi serangan yang dilakukan Sang Kenari akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-25 apabila pemain import Amirbek Juraboev membuka tirai jaringan apabila menyudahkan hantaran Tuck.

Juraboev sekali membuktikan sentuhan berbisa apabila menanduk masuk bola hantaran Tuck pada minit ke-53 untuk meletakkan Kedah mendahului 2-0.

Kedah terus menghukum Perak dengan gol ketiga hasil tandukan penyerang utama Willian Lira pada minit ke-67 juga berpunca daripada hantaran Tuck.

Kedudukan 3-0 itu kekal hingga wisel penamat yang menyaksikan Sang Kenari terus menambah derita Bos Gaurus yang bergelut dengan masalah prestasi sepanjang musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2023 @ 12:00 AM