IBRAHIMOVIC (kiri) diraikan rakan sepasukannya. FOTO AFP
IBRAHIMOVIC (kiri) diraikan rakan sepasukannya. FOTO AFP
AFP

Milan: Zlatan Ibrahimovic menutup tirai karier yang panjang dan deretan trofi apabila secara mengejut mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

Penyerang veteran itu mendedahkan keputusannya untuk berhenti beraksi semasa majlis di atas padang susulan kemenangan 3-1 AC Milan ke atas Verona yang menamatkan kempen Serie A mereka.

"Inilah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak, bukan hanya kepada anda.

"Saya sangat beremosi sekarang. Forza Milan dan selamat tinggal," kata Ibrahimovic di San Siro.

Bintang berusia 41 tahun itu dijangka hanya mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Milan selepas dia diumumkan akan meninggalkan juara Eropah tujuh kali itu, Sabtu lalu.

Dia kembali ke Milan pada akhir 2019 untuk kali kedua selepas tempoh dua tahun sebelumnya di mana dia memenangi gelaran Serie A pada 2011.

"Kali pertama saya datang ke sini anda memberi saya kebahagiaan, kali kedua anda memberi saya rasa cinta.

"Anda menyambut saya dengan tangan terbuka, anda membuat saya berasa seperti berada di rumah sendiri, saya akan menjadi Milanista sepanjang hayat saya," kata Ibrahimovic.

"Saya sering berasa takut apabila wartawan bertanya tentang masa depan saya, tetapi sekarang saya boleh menerimanya dan sudah bersedia," kata Ibrahimovic kepada pemberita selepas pengumumannya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2023 @ 7:27 AM