ANTONY bakal terlepas peluang beraksi di final Piala FA. FOTO Reuters
ANTONY bakal terlepas peluang beraksi di final Piala FA. FOTO Reuters
AFP

London: Erik ten Hag bimbang penyerang Manchester United, Antony 'tidak mungkin' pulih daripada kecederaan menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City esok.

Antony diusung keluar semasa separuh masa pertama ketika menewaskan Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu.

Bos United, Ten Hag berharap pemain Brazil itu dapat kembali berdepan City yang mengejar treble dalam perlawanan akhir pertama Piala FA membabitkan tetangga Manchester itu.

Bagaimanapun, Antony menunjukkan pemulihan yang perlahan minggu ini dan nampaknya akan diketepikan di Wembley.

"Tidak mungkin (dia akan cergas)," Ten Hag memberitahu pemberita pada hari Jumaat.

"Dos Santos (Antony) masih mempunyai peluang tetapi ia adalah yang sangat kecil."

Anthony Martial juga tidak dapat diturunkan kerana masalah kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2023 @ 10:10 PM