BENZEMA belum tandatangani kontrak lanjutan dengan Madrid.
BENZEMA belum tandatangani kontrak lanjutan dengan Madrid.
Agensi

London: Bintang Real Madrid Karim Benzema dilaporkan mendapat tawaran kontrak mega dua tahun bernilai £345 juta (RM1.975 bilion) daripada sebuah kelab Arab Saudi pada musim panas ini.

Masa depan pemain berusia 35 tahun itu di Santiago Bernabeu tidak menentu apabila dia yang kontraknya tamat pada musim panas ini masih belum menandatangani kontrak lanjutan.

Walaupun laporan di Sepanyol mendakwa Benzema bakal mengikat kontrak baharu dengan Los Blancos, pemenang Ballon d'Or itu masih belum mengumumkan masa depannya ketika berbaki hanya satu perlawanan musim ini.

Media Sepanyol AS Sport kini mendakwa Benzema ditawarkan kontrak dua tahun dengan bayaran £345 juta (RM1.975 bilion) untuk berpindah ke Arab Saudi sekali gus menamatkan tempoh 14 tahunnya di Madrid.

Ia kontrak lumayan yang setanding dengan bayaran £173 juta (RM990.91 juta) setahun yang diterima Ronaldo di Al-Nassr.

Laporan turut menyatakan kehadiran Benzema dapat membantu Arab Saudi yang mahu membida tuan rumah Piala Dunia 2023 dan bintang Perancis terbabit bakal dijadikan duta kejohanan itu.

Benzema bakal menikmati habuan lebih lumayan jika dia menerima peranan duta sekiranya Arab Saudi memenangi bidaan - kejohanan yang dianjurkan bersama Turki dan Greece.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2023 @ 8:21 PM