SIMONE Inzaghi. -FOTO Reuters
SIMONE Inzaghi. -FOTO Reuters
AFP

Milan: Jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi berkata beliau kagum dengan setiap aspek perjalanan "luar biasa" pasukannya sehingga layak ke final Liga Juara-Juara selepas mereka menewaskan AC Milan 3-0 secara agregat.

Gol minit ke-74 Lautaro Martinez mengesahkan Inter ke perlawanan akhir perlawanan bola sepak kelab Eropah yang akan berlangsing di Istanbul pada 10 Jun.

"Kami hanya akan menyedari sepenuhnya apa yang kami lakukan pada hari-hari mendatang," kata Inzaghi.

"Ia adalah impian yang menjadi kenyataan. Kami sentiasa percaya kami boleh melakukannya, kami melalui perjalanan yang luar biasa (ke final).

"Apa yang menggembirakan saya? Semuanya. Larian, keazaman, tumpuan... mereka sangat bagus."

Beliau berkata, dia kini boleh duduk dan menikmati perlawanan separuh akhir kedua antara Manchester City dan Real Madrid yang kini berkedudukan 1-1 dengan tenang.

"Mereka jelas dua daripada pasukan terbaik di Eropah. Perlawanan pertama adalah seimbang.

"Saya akan menonton perlawanan itu dengan penuh minat!"

Inter pernah menjadi juara Eropah tiga kali dan mahkota terakhir mereka diraih pada 2010 di bawah kendalian Jose Mourinho yang membawa mereka meraih kemenangan 2-0 ke atas Bayern Munich di Madrid.

Inter have been European champions three times and their last crown came in 2010 when Jose Mourinho led them to a 2-0 victory against Bayern Munich in Madrid.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2023 @ 9:34 AM