GREALISH kini nadi penggerak City. FOTO AP
GREALISH kini nadi penggerak City. FOTO AP
AFP

Manchester, United Kingdom: Pemain termahal England, Jack Grealish mula mempamerkan taringnya bersesuaian dengan nilai harganya £100 juta (RM554.03 juta) ketika Manchester City mendapatkannya selepas berdepan musim pertama yang mengecewakan di Etihad.

Anak buat Pep Guardiola berpotensi merangkul tiga kejuaraan, Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA dengan Grealish berada di tengah-tengah peningkatan prestasi sejak Piala Dunia.

City berpotensi menentukan kejuaraan Liga Perdana apabila turun menentang Arsenal yang memiliki kelebihan lima mata selaku pendahulu liga dan kini mengawal nasib mereka apabila mempunyai kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Biarpun mencatatkan rekod Liga Perdana ketika berhijrah dari Aston Villa pada 2021, Grealish menghabiskan sebahagian besar musim lalu dari luar ketika City berjaya mengatasi Liverpool dengan satu mata untuk menjulang trofi Liga Perdana keempat dari lima musim.

12 bulan sudah berlalu dan pemain antarabangsa England itu mula mendapat kepercayaan Guardiola selepas semusim bergelut menyesuaikan diri dengan percaturan pengendali itu.

"Dia bermain sangat bagus musim ini. Tetapi pada masa yang sama dia tahu, kami mahukan lebih banyak lagi," kata Guardiola.

"Kini dia percaya dia adalah sebahagian daripadanya. Mungkin apabila dia berfikir: 'Saya tidak cukup bagus selepas pasukan itu memenangi Liga Perdana.'

"Kadangkala pemain menyesuaikan diri dengan cepat, ada kalanya mereka memerlukan lebih banyak masa. Jack tidak datang ke sini hanya untuk satu musim, dia di sini untuk masa yang panjang. Dia pemain penting untuk kami."

Pada hakikatnya, Guardiola dan Grealish tidak kelihatan seperti rakan rapat.

Jurulatih Catalan itu terkenal dengan sikapnya yang teliti terhadap apa yang diinginkan manakala Grealish adalah salah satu pemain yang memiliki kepelbagaian watak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2023 @ 10:56 AM